Forum Pelajar Qifa
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Selamat Berforum!

Go down

Selamat Berforum! Empty Selamat Berforum!

Post  Admin Fri Jul 31, 2009 11:46 am

Selamat datang ke lelaman Forum Pelajar Qifa!

Cikgu Thamrin mengalu-alukan penyertaan kamu sebagai ahli forum di lelaman ini. Cikgu harap kamu dapat berkongsi pendapat dan berbincang secara santai dan aman bersama-sama teman-teman yang lain.

Jika kamu pertama kali menyertai lelaman forum ini, Cikgu sarankan kamu memperkenalkan diri kamu di ruangan Personaliti. Kami mahu kenal lebih lanjut tentang diri kamu!

Ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi;

- Pesanan dan perbincangan yang kurang sopan, yang menggunakan kata-kata kesat, yang mencaci, menghina dan mengutuk seseorang, memburukkan bangsa dan agama tidak dibenarkan sama sekali. Cikgu akan mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang didapati bersalah dan menyalahgunakan lelaman forum ini dengan tujuan yang kurang sihat.

- Penggunaan kata-kata atau gambar-gambar lucah adalah kesalahan yang besar. Cikgu akan terus mengambil tindakan disiplin terhadap pengirim asal pesanan itu dan terus dihadapkan ke pengetua sekolah.

- Sila gunakan ikon smiley Very Happy berpada-pada. Penggunaan yang berlebihan tidak bermakna!

- Hantarkan pesanan kamu SEKALI sahaja.

- Gunakan ejaan BAHASA MELAYU yang betul. Penggunaan ejaan seperti SMS tidak dibenarkan. Lelaman forum ini bertujuan untuk membantu kamu memperbaiki BAHASA MELAYU.

Selamat berforum!

Admin
Admin

Posts : 3
Join date : 2008-02-23
Age : 47
Location : QIFA PRI SCH

https://mindapelajar.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum